Shukor's Guidebook

Shukor
Shukor's Guidebook

Sightseeing

Abu Bakar Palace, Pekan
Pulau Kucing
Tasik Chini adalah tasik yang terletak berhampiran Sungai Pahang di tengah Pahang, Malaysia. Tempat menarik di Pekan Pahang ini dihuni oleh Orang Asli tempatan suku Jakun. Tasik ini menawarkan persekitaran indah, tenang dan damai yang penuh dengan mitos dan legenda yang masih belum dapat dijelaskan hingga ke hari ini. Mengikut legenda Orang Asli, tasik ini didiami oleh seekor naga yang dipanggil Naga Seri Gumum juga disebut sebagai “Monster Loch Ness Malaysia”. Tasik ini terkenal dengan musim bunga lotus dari bulan Jun sehinggalah September. Ia juga dipercayai mengandungi sebuah kota Khmer yang tenggelam di dasar tasik. Tahukah anda, tasik ini merupakan tasik semulajadi kedua yang terbesar di Malaysia selepas Tasik Bera? ZUSHAZRINA ZULKIFLI
Lake Chini

Tarikan nombor satu dalam kalangan penduduk tempatan di Pekan Pahang ini adalah Pekan Riverfront dimana anda boleh menikmati angin sejuk dan berehat bersama keluarga jauh dari kesibukan kota. Anda boleh memilih sama ada untuk berjalan-jalan sekitar sungai ini atau berkelah, ataupun pergi memancing sambil menikmati pemandangan Sungai Pekan yang menakjubkan ini. Berdekatan tempat menarik di Pekan Pahang ini, terdapat gerai yang menjual makanan dan minuman. Anda tidak perlu risau anak-anak mahupun keluarga anda lapar selepas bermain air. Pekan Riverfront ini terbuka kepada orang awam untuk anda boleh datang pada bila-bila masa yang anda suka ZUSHAZRINA ZULKIFLI
Pekan River Front
Jalan Sultan Ahmad

Historical place

Muzium ini memaparkan banyak artifak yang penting dalam sejarah negara dan budaya Melayu tempatan. Muzium ini dibuka secara rasmi oleh Sultan Ahmad Shah sekitar Oktober 1976. Tempat menarik di Pekan Pahang ini terletak di bekas kediaman Residen British, yang dibina pada tahun 1929. Muzuim ini kemudiannya dibeli oleh Sultan Pahang pada tahun 1948 dan dinamakan semula sebagai Istana Kota Beram. Pada tahun 1965, Sultan memindahkan kediamannya ke sebuah istana baru (Istana Abu Bakar), dimana ia adalah Istana Diraja sekarang. Dengan berkunjung ke muzuim ini ,anda dapat mempelajari pelbagai kesenian Islam masa lalu yang menarik kerana terdapat pelbagai galeri, artifak, seramik, dan arkeologi yang dipamerkan. ZUSHAZRINA ZULKIFLI
Muzium Sultan Abu Bakar

Masjid ini terkenal dalam kalangan warga tempatan sebagai Taj Mahal Malaysia kerana rekabentuk senibinanya yang mirip Taj Mahal. Muzium Masjid ini dibuka sekitar pertengahan tahun 2015 untuk kunjungan orang ramai dan berkonsepkan muzuim dalam taman. Galeri disediakan untuk pelawat mempelajari pelbagai peristiwa Islam pada masa lalu di tempat menarik di Pekan Pahang ini. Seterusnya akan menjadi pengajaran berguna dalam usaha untuk memperbaiki dan membina nilai-nilai dan intelek manusia sejagat.  Para pelawat bahkan menemui cinta yang mendalam untuk Allah, Pencipta ZUSHAZRINA ZULKIFLI
Muzium Masjid Sultan Abdullah

Recreational

Taman tasik ini merupakan sebuah taman awam di Pekan, Pahang yang terletak di sepanjang jalan utama yang melalui bandar Pekan-Kuantan. Terdapat tasik buatan manusia di tengah-tengah taman tersebut dan di dalam kawasan taman itu juga mempunyai pelbagai kemudahan seperti Pusat Sukan Komuniti, Pusat Penerangan Pelancongan dan juga McDonalds pandu lalu. Anda boleh berkunjung ke taman tasik ini di waktu petang sama ada untuk beriadah ataupun berehat-rehat. ZUSHAZRINA ZULKIFLI
Taman Tasik Sultan Abu Bakar

Pantai Air Leleh
Jalan Kampung Tanjung Selangor
Tahukah anda, apakah kebiasaan kerabat keluarga diraja selain bermain golf dan ekuestrian? Jawapannya adalah polo. Marilah berkunjung ke Polo Royal Pahang ini dan anda boleh mengetahui lebih banyak tentang sukan polo di Malaysia. Pertandingan Polo diadakan setiap tahun sekitar Ogos, tetapi anda boleh melawat pada bila-bila masa sepanjang tahun untuk melihat lencana bersejarah dan monumen ikonik. Walaupun tempat ini digunakan untuk bermain polo, pelawat dan penduduk setempat juga boleh menggunakannya untuk aktiviti rekreasi seperti jogging dan menunggang kuda. ZUSHAZRINA ZULKIFLI
Royal Pahang Polo Club Pekan
Jalan Padang Polo

Food Scene

Murtabak Mengkasar
Medan Ikan Bakar Kuala Pahang
Ikhwan Delights Serambi Pekan
Restoran Sumpit-Sumpit

Heritage

Sejak 200 tahun yang lalu, Royal Pahang Silk Weaving Centre ini merupakan kesaksian yang membanggakan mengenai kisah masa lalu yang menarik dari keluarga diraja Pahang. Sutera berkualiti telah dihasilkan selama beratus-ratus tahun oleh rumah yang terpilih di Pulau Keladi ini dimana kaedah tenunan tradisional dan rumit telah diturunkan dari generasi ke generasi yang lain. Galeri ini menghasilkan fabrik berkualiti yang berasal dari Pekan Diraja Pahang. Reka bentuk hiasan kain ini dicirikan oleh corak yang berkotak-kotak yang diatur sedemikian rupa sehingga urutan berwarna boleh berubah secara serentak dari alatan yang dinamakan warp. Barang eksklusif Istana Kerajaan Pahang, Tenun Pahang Diraja hari ini telah melalui pelbagai perubahan dan fasa yang sesuai dengan selera tempatan dan juga citarasa orang barat.  Ia amat sesuai untuk majlis makan malam formal, upacara perkahwinan dan acara-acara penting lainnya. Galeri ini dibuka pada setiap hari Isnin hingga Jumaat sahaja. ZUSHAZRINA ZULKIFLI
Pusat Tenunan Sutera Pahang