Point of interest

Terengganu Craft Cultural Centre

2 locals recommend
Permanently closed

Tips from locals

Muhammad
October 8, 2019
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia merupakan pusat penghasilan pelbagai jenis barangan kraf bermutu yang terletak 6km dari Homestay Kuala Terengganu. Pusat Budaya Kraf Terengganu menyediakan ruang pameran bersepadu untuk kemudahan pelancong, dan ia turut menjadi living museum dengan pertunjukkan aneka hasil kraf warisan seni. Di sini pengunjung boleh menyaksikan sendiri kemahiran serta kesabaran pelukis batik menghasilkan pelbagai corak floral. Bukan setakat itu sahaja, malah bengkel yang terdapat di pusat ini turut membolehkan pengunjung menyaksikan kerja-kerja menenun songket yang banyak dihasilkan dari benang emas dan perak. Pengunjung juga dapat melihat kemahiran kakitangan pusat ini menyiapkan pelbagai hasil kraf daripada anyaman mengkuang atau pandan. Selain itu, pengunjung dapat membuat tempahan boleh dibuat mengikut selera pembeli sesuai dengan peranannya sebagai pusat operasi yang mengeluarkan barangan kraf berkualiti bagi memenuhi keperluan hiasan dalaman, cenderamata, produk korporat serta produk kegunaan harian. Pusat Budaya Kraf Terengganu turut menawarkan barangan tembaga, logam bersadur warna emas dan batik. Barangan hiasan tembaga yang sering dihasilkan adalah seperti seterika, keris, tepak sirih, bekas lilin dan pasu. Untuk penampilan yang lebih menawan dan eksklusif, sesetengah produk tembaga ini pula disadurkan dengan warna emas.
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia merupakan pusat penghasilan pelbagai jenis barangan kraf bermutu yang terletak 6km dari Homestay Kuala Terengganu. Pusat Budaya Kraf Terengganu menyediakan ruang pameran bersepadu untuk kemudahan pelancong, dan ia turut menjadi living museum dengan pertunjukk…
Location
Kuala Terengganu, Terengganu